BAHAN-BAHAN
2 cekak pucuk paku
1 genggam ikan bilis
1 mangkuk santan
2 biji bawang merah (sederhana besar)
8 biji cili padi (nak pedas, tambah lagi)
sedikit kunyit (kire2 1 inci)
garam
CARA-CARANYA
1. tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit dan ikan bilis bersama (nak cepat, blend..hehe). masukkan dalam periuk
2. masukkan santan.
3. masukkan pucuk paku
4. masukkan garam secukup rasa
5. kacau hingga mendidih tapi jangan sampai pecah minyak.
No comments:
Post a Comment