hehe..kalo masak lauk ni, jarang nak masak sayur dah...sebab ada sayur gak dalam lauk tu.sama gak kalo wat paprik..
eden kena master masak lomak cili api ni ha..insyaallah kalo jodoh eden dengan orang nogoghi, siang malam pagi petang kena masak lomak..ok..tipu..hehe..tapi orang belah2 sana memang kuat gile makan pedas. tahap kekebalan dorang terhadap pedas, memang superb! bayangkan, masak sardin goreng je guna 20biji cili padi...mak aih...mau tercirit eden..huhu...ada kawan aku tu, die makan cili padi macam makan timun..kunyah cenggitu je...rileks je..fuhhh...
mula2 tadi memang aku xmasak sayur.orang2 rumah ni pon bukan makan sayur sangat. tapi tadi kawan adik aku lepak2 sini,ajak makan tengahari skali. ibu aku suruh tumis sayur sket. ala...kejap je...keletung keletang...siap!
UDANG MASAK LEMAK CILI API ft KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN
30 ekor udang yang sederhana besar
15 biji cili padi (ikutlah korang nak pedas mana)
3 biji bawang merah
kunyit hidup (dalam 1inci)
1 batang serai
1 mangkuk santan
15 batang kacang buncis
garam
CARA-CARANYA
1. Blendkan cili padi, kunyit hidup dan bawang merah dengan sedikit air (tumbuk dengan leseung batu lagi afdal). masukkan dalam periuk
2. titikkan serai, masukkan
3. masukkan santan
4. bila dah menggelegak, masukkan udang yang dah dibersihkan
5. bila dah nak masak, masukkan kacang buncis yang dipotong serong (jangan lama2. nak kekalkan kerangupan kacang buncis tu. lembik sangat xbest)
6. masukkan garam ikut sesedap rasa. siap!
sonangkan? ;)
pesanan penaja:
1. boleh masukkan asam keping jika suka. tapi bila dah nak dekat2 masak, keluarkan. takut masam pulak nanti
2. masak yang bersantan ni kena rajin kacau. nanti kuah xcantik..naik minyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment