CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 21, 2010

JOM MASAK LAGI =)

hari ni aku terlebih rajin...slalu masak 2 lauk je. harini 3 pulak. yelah, adik2 nak daging masak hitam tu. aku pulak teringin nak makan sup daging. so, masaklah dua-dua skali. lama aku bersilat kat dapur tu..yelah..nak tunggu daging empuk lagi..haih..tapi sup daging ni senang je..simple..pakai paste sup siam 'Adabi'. ikutkan bleh je ikut direction yang die bagi kat blakang packaging die..tapi sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kerajinan kita sket kan? jangan malas2 ok?~

nilah paste sup siam tu..memang best!

SUP DAGING

BAHAN-BAHAN

500g daging yang telah dibersihkan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 buji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi (nak pedas, tambah lagi)
sup bunjut 'Adabi'
garam
limau nipis
air
daun sup
optional: ubi kentang, carrot dan batang saderi

CARA-CARANYA

1. tumiskan dahulu kulit kayu manis, bunga lawang dan sup bunjut
2. tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk
3. masukkan air dan paste sup siam 'Adabi'
4. masukkan daging (aku suka rebus dulu)
5. masukkan garam secukup rasa
6. kalau inginkan rasa masam sedikit, masukkan sedikit perahan limau nipis
7. masak hingga daging empuk. taburkan hirisan daun sup

pesanan penaja: oleh kerana ini adalah sup koboi sebab bahan2 xcukup, so die simple je. korang boleh masukkan ubi kentang, carrot dan batang saderi.

KANGKUNG GORENG BELACAN

ha....selalu aku xmasukkan resepi sayur2 ni sebab die simple sangat2. just tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah. pastu masuk garm, air sikit, ayur, siap!tapi kangkung goreng belacan ni berbaloilah nak letak resepi kan?hehe

BAHAN-BAHAN

1 ikat kangkung
2 biji bawang merah
4 batang cili padi (nak pedas lagi, tambah)
1 sudu besar cili giling
sedikit ikan bilis (dalam 20 ekor, saiz kecik)
sedikit belacan (dalam 1 inci)
garam
air

CARA-CARANYA

1. tumbuk bawang merah, cili padi, ikan bilis dan belacan. tumis bersama-sama cili giling
2. masukkan garam secukup rasa dan sedikit air
3. masukkan kangkung yang telah dibersihkan
4. masak jangan sampai kangkung terlampau layu atau lembik

No comments:

Post a Comment