sejak aku dok umah ni,kuat btol makan..tadi 1st round aku makan nasi+sup. 2nd round makan ikan bakar+kailan goreng ikan masin+nasi..petang kang makan lagi.huhu..badan xnaik...perut yang naik dulu T_T
SUP AYAM
BAHAN-BAHAN
6-7 ketul ayam bahagian tulang
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji bawang merah (sederhana besar)
1 ulas bawang putih
sup bunjut
2 sudu besar rempah sup 'Adabi'
3 sudu besar stok ayam 'Maggi'
1 kiub ayam 'Maggi'
air (kira2 700ml)
garam
hirisan daun sup
optional: ubi kentang, carrot, batang sederi
CARA-CARANYA
1. tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, sup bunjut, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
2. bancuh rempah sup dengan sedikit air, kemudian tumiskan sekali
3. masukkan air
4. masukkan stok dan kiub pati ayam.
5. masukkan ayam
6 tambah garam secukup rasa
7. masak hingga ayam empuk dan sup menggelegak
8. taburkan hirisan daun sup
**sebelum kuah menggelegak, boleh masukkan sayur-sayuran
KAILAN GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN
sayur kailan (kire2 5 pokok)
sepotong ikan masin tenggiri
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
air
CARA-CARANYA
1. tumiskan bawang merah yang telah dihiris dan bawang putih yang diketuk
2. gorengkan skali ikan masin yang telah dipotong kecil2
3. masukkan sedikit air
4. masukkan sos tiram
5. masukkan sayur kailan yang telah dipotong2
6. masak jangan sehingga sayur layu
Tuesday, December 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment