Thursday, December 16, 2010
AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN
6 ketul ayam yang telah dibersihkan
serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng ayam
4 sudu besar cili giling
2 biji bawang merah (sederhana besar)
1 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar stok ayam 'Maggi'
air
sedikit garam dan gula
CARA-CARANYA
1. lumurkan ayam dengan kunyit. gorengkan ( aku suke goreng garing2 macam nak goreng ayam goreng tu). ketepikan
2. tumiskan hingga garing cili giling dan bawang merah bawang putih yang telah diblend or ditumbuk
3. masukkan sedikit air
4. masukkan sos cili, sos tomato, stok ayam dan garam gula secukup rasa
5. masukkan air mengikut kepekatan yang di inginkan
6. masukkan ayam goreng tadi, kacau hingga mesra
Labels:
resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment