UDANG MASAK SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN
20 ekor udang sederhana besar
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
8 biji cili padi
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula
sedikit serbuk kunyit
sedikit air
CARA-CARANYA
1. lumurkan udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. goreng hingga hampir garing. ketepikan
2. tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah ditumbuk
3. masukkan sedikit air
4. masukkan sos cili dan sos tiram
5. tambahkan garam dan gula secukup rasa
6. bila dah masak, boleh angkat
KOBIS MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 genggam ikan bilis (ganti dengan udang kering or udang hidup pon boleh)
1 mangkuk santan
1/4 biji kobis
garam
1/4 kiub pati ikan bilis 'Maggi' (optional)
CARA-CARANYA
jangan terkejut..sebab senang sangat2...
masukkan semua bahan2 tadi dengan sedikit garam, dan kacau hingga menggelegak tapi jangan sampai pecah minyak...siap!huhu
No comments:
Post a Comment