CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 28, 2010

PENGUMUMAM!!

aku berehat dari menulis blog wat sementara...laptop aku xde...kena curik.... ='( sadis btol...aku cuma berharap semuanya berjalan lancar untukku..wish me luck guys!

Saturday, November 20, 2010

JOM MAIN MASAK-MASAK

aku ni tingin sangat nak tepek resepi & gambar hidangan yang aku masak kat blog..walaupon ghopenye xseberapa, pandainye xsetaraf chef2 kat luar sana, aku xkire....nak tepek gak...ala...kat blog sendiri pon...hehe..

ni menu semalam...alhamdulillah...ada rezeki kami sket dapat daging korban..kat umah aku ni xde yang bleh masak daging..ibu aku xbleh bau,masak, apatah lagi nak makan daging. die xbleh...memang xbleh...nanti die uwekkk...huhu..so, aku yang xbertauliah ni lah yang masak & perabiskan stok daging kat umah..kadang2 kalo umat2 dalam umah ni tingin makan daging, tunggu aku balik je lah baru beli...oh....dulu ayah aku yang masak time anak dara die ni xpandai pegang senduk lagi..tapi die bab2 yang incharge daging jelah...potong daging, basuh...ramuan2 die, ibu aku yang siapkan..ibu aku masak awal2..bile time nak masukkan daging, service akan bertukar tangan..ayah aku yang settlekan..


hmmmmmmm...aku ni camne ek?aku pulak elergik dengan ikan keli...nak pandang sebelah mata pon aku xmampu...huhu...camno ni?kalo memang jodoh aku, en. ero sennin memang gomar ikan ni ha...camno den nak buek?


pesanan penaja: kalau kekanda mengidam or teringin nak makan ikan keli, kita balik PD ye kanda~ ahaks!


daging masak paprik


bahan-bahan:
500g daging (aku agak2 je)
3sudu besar cili giling/blend
2biji bawang merah
seulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
3/4 sudu besar sos tiram
sebatang serai
sedikit carrot, bunga kobis, baby corn, kacang panjang
sebiji bawang besar
air
garam dan gula sekucup rasa


cara-cara:
1.rebus daging sampai empuk, toskan, lumur sedikit sengan garam, kemudian gorengkan sedikit.ketepikan.
2.panaskan minyak, tumiskan serai yang telah dititik, kemudian tumiskan bersama cili giling, bawang merah dah bawang putih yang telah ditumbuk.tumis hingga cili garing.
3.masokkan sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
4.masokkan daging yang telah digoreng tadi.kacau hingga sebati dan serap rasa.
5.tambahkan air mengikut kepekatan yang disukai.
6. masukkan sayur2 tadi, kacau dan biarkan hingga sayur masak (jangan sampai sayur lembik)


angkat, hidang dan bolehlah makan......... =)


hidangan tengahari semalam
ikan masak sambal & sayur campur tu untuk ibu yang xmakan daging


pastu tengahari tu ibu aku pesan:

"hanim, kalo ibu balik lambat nanti, goreng pisang tu. hang xpenah goreng pisang kan? harap je boleh masak macam2, kang orang suruh goreng pisang, xtau pulak"

aku gelak je...betul gak..memang simple, tapi kalo xtau, xjadi jugak kan?aku tepek gaklah resipi goreng pisang simple yang pakai lisan je ni:

bahan-bahan:
pisang abu (pisang ni memang best kalo digoreng)
3/4 cawan tepung goreng pisang ADABI
1 1/2 cawan tepung beras
air
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:
bancuh tepung goreng pisang dan tepung beras dengan air.xpekat sangat, xcair sangat. tambah sedikit garam dah gula. kalo nak warna kuning sket, tambah kunyit skeeeetttt je.pisang dibelah dua. celupkan pisang dalam bancuhan tepung tadi, dan goreng dalam minyak yang dah panas. jangan sampai hangit...agak2 dah garing, blehlah angkat dan tos minyak..bancuhan tepung yang lebih boleh di goreng begitu sahaja...sedapppp...makan krup...krup.. je..

hasil pisang goreng aku yang pertama.ahaks!

Monday, November 15, 2010

I FELT HAPPY WITH FELT

ish3...BI aku...hancus...huhu...saje je nak matchkan word felt dengan kain felt. tapi matlamat xhalalkan cara k...salah tetap salah..grammar salah...vocab salah..hehe

alhamdulillah...aku ni dikurniakan bakat seni & menjahit sket..tapi aku xsuka jahit2 baju ni...xterbuka hati lagi nak menuntut ilmu menjahit dari ibu aku..nantilah2...sebelum die pencen, aku blaja lah..setakat lepas untuk diri sendiri, suami, anak2 dan family sendiri nanti, oklah kan?hehe..aku suka benda yang comel2 ni..craft2 ni, aku minatlah...kalo jahit baju tu, xboleh lama2..rasa macam nak muntah...kalo wat craft2 ni, stay up pon sanggup...i like~ skang ni ramai yang wat felt craft ni..aku pon baru2 je buat.sebab baru jumpa materials..selama ni dok mencarik je...roomate aku yang perkenalkan blog2 felt ni.

ni barang2 yang aku dah berjaya hasilkan...weeeeee~ pasni nak wat banyak2 lagi...mana tau boleh wat side income..heee...



a bouquet of flowers for his convocation day


en. ero sennin dah gantung dalam 'vios' kami ;)


sebagai pengganti diri~


 khas buat 'abah & mama'






untuk adik yang suka melaram


untuk 'kakak2 tiri'

oh...kalo korang pon berminat, mehlah jengok blog2 ni...tengok kat link2 dorang pon ada banyak lagi blog berkaitan felt craft ni..barang2 craft pon dorang ada supply..

Wednesday, November 10, 2010

SEPULUH BUDAK HITAM~

ehhhhh....entry kali ni xde kene mengena dengan budak hitam...entry kali ni adalah mengenai nombor 10..

ada apa dengan nombor 10?nombor bertuah aku ke?tak.....aku pon xtau apa nombor bertuah aku sebab aku selalulah xbertuah...kalo ada lucky draw tu..harammmmm nak kena..


cantik gak tarikh rini kan walaupun xsecantik bulan lepas...10/11/10 vs 10/10/10 apalah aku merepek ni (-_-')


tiap2 10 hari bulan, akan mengingatkan aku kepada satu peristiwa yang xdapat aku lupakan...yang mengubah hidup aku..xdelah sampai 360 degree macam orang slalu ckp


"my life has turned to 360 degree"

xdelah camtu...cuma peristiwa ni membuatkanku berfikir ke depan...berusaha yang terbaik untuk masa depan..bukan untukku sahaja...untuk si dia...dan untuk family ku...doranglah orang yang paling aku sayang dalam dunia..


setiap 10 hari bulan,aku akan menghitung hari..menghitung bulan...menghitung tahun..dan aku bersyukur kepada Allah kerana kami masih lagi bertahan..masih lagi sentiasa merancang masa depan...kami punya perancangan...tapi Allah juga merancang untuk kami dan perancangan Allah itulah adalah sebaik2 rancangan..aku xkan putus2 berdoa yang terbaik..Insyaallah...

pesanan penaja: I LOVE YOU SO MUCH
(pada sape???sape2 yang perasanlah..huhu...)


 
oh!hari ni aku kire bertuah kot..murah rezeki aku...something happen just now...hehe...alhamdulillah.... =)

Tuesday, November 9, 2010

FADHILAT BULAN ZULHIJJAH


pagi ni buka FB baru terperasan something...dah masok bulan zulhijjah...dulu time skolah, lebih tau & amik berat dengan bulan2 islam..kalo xpun, ada yang mengingatkan..siap ada announcement lagi..pastu puasa ramai2...buka ramai2 kat dewan makan.sejak masok U, lupa abis dah semua hari2 istimewa dalam islam..yang basic2 je ingat...macam raya bila..huhu..kalender kuda pon dah lama aku xde. oh!rindu suasana kat KUSESS dulu...


korang bacalah sket2 ek...banyak sumber yang aku dapat, antaranya:





1 ZULHIJJAH
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH
 turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH
adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

 

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
emmm...tapi ada gak pasal isu hadis2 ni..aku pon xberapa pasti...tapi kita dalam beribadat, kena istiqamah...xbleh mengharapkan pada hari2 tertentu je..anggap hari2 tertentu ni sebagai 'bonus' untuk kita. beramal & beribadatlah kerana Allah ta'ala, bukan untuk menunjuk2 or bagitau satu kampung yang kita ni baik sangat...alim sangat..hehe..


semoga segala amal dan ibadat kita diterima Allah s.w.t..renung2kan dan selamat beramal~ (^_^)


KOPI

kopi.....coffee...atau dengan sebutan opahku 'kupi'...adik beradik dengan nescafe...indocafe...semua sama je...yang pasti, ada kandungan kafein dalamnye..

aku tau, kopi ni xelok sangat..tapi aku terpaksa minum..before pegi kuliah kena minum nescafe dulu...kalau x, alamatnye semua yang lecturer cakap aku akan 'iye'kan je tanda faham.huhu...kalo kat skolah dulu lagi terok...hayun 360 darjah...nasib xjatuh kerusi..huhu..

aku start minum start form 4.selain xnak nagntuk dalam kelas, minum nescafe dengan tujuan untuk stay up...tapi nan ado..katilku lagi best walaupun tilamnye xsebest kat umah kan..kalo xde air panas or nak cepat, aku bancuh dalam botol mineral kecik tu je.guna air masak biasa tu..goncang macam nak goncang botol susu baby tu...siap!janji ko larut kan...hehe...

tpi aku bukanlah coffee addicted...aku memang minum kopi semata-mata nak prevent aku dari mengantuk..memang sangat membantu ok..maybe kopi & aku ximune lagi kot...ada orang minum xde effect pon...aku minum skeeeett je....
ha......kalo yang pek merah tu boleh 2kali bancuh..pek putih tu boleh 4kali bancuh.jimat tak?hahaha...dari awal sem aku beli xabis2..ada lagi nih...

aku memang minum sikit giler...cawan aku ni kecik tau..standard besar cawan kopi kat hotel2 lah..just ada tambah gambar minie je kat cawan tu untuk menambahkan ke-cute-tan nye..aku bancuh 1/3 dari isipadu cawan tu...ha.....sket kan?wat rugi sabun je nak basuh cawan..

ni ada sket info pasal kopi or kafein ni...korang watlah judgement sendiri ok?amalkan gaya hidup yang sihat

*****klik pada gambar untuk baca sepatah2*****



pas minum kopi jangan lupa gosok gigi..xpun sulam dengan air masak...nanti gigi korang kuning..euuuwww~ gigi aku pon hampir kuning ni T_T

nak tido dah...aku minum nescafe sket tadi...yelah...kena stay up, nak study last minit kan...berjayalah gak bertahan untuk orang yang tido awal macam aku. sape yang kenal aku, mesti tau betapa awalnye aku tido.xstyle langsung tido awal2 ni kan?haha..nyte semua~

cacatan: jam aku menunjukkan pukul 2pagi...aku xtaulah kat entry ni pukul bape...aku xtau nak adjust.huhu

Monday, November 8, 2010

CHAIYOK!!

ok.....masa untuk berfoya-foya, goyang kaki dan bersenang lenang dah TAMAT!!mari kita study kawan2..

paper(s) untuk sem ni:

1. QUALITY ENGINEERING
13/11/2010

2. TAKDE

3. MEMANG TAKDE

hehehehe...paper aku SATU JE sem ni ok~ hehe...jangan jeles....tapi carry mark hancus suda T_T
doakan aku berjaya mengharungi final year (2nd last sem) ni dengan berjaya...aku nak grad on time...dengan kawan2...nak dok sebaris dengan dorang masa konvo...huuuu...

wat semua kawan2 yang tengah or akan 'bercinta' dengan paper mereka, ber'dating'lah dengan buku2 & nota2 anda..tingalkan boyfie2 & girlfie2 anda (eh2...xbleh...xbleh...hak3 =D)

ok....before start metelaah tu, btolkan niat...

AKU BELAJAR KERANA ALLAH TA'ALA..INI ADALAH TUNTUTANKU SEBAGAI UMAT ISLAM

bukan niat nak dapat A or lulus exam ok...tapi mesti akan niat camtu gak kan? (-_-')

then..jangan lupa baca doa =)





GOOD LUCK KAWAN-KAWAN...
xkirelah korang kat Malaysia ke...obersi ke..janji kat bumi ok ;)

Saturday, November 6, 2010

KECANTIKAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN~ (episod 2)

ok...sambung lagi....
masa aku comel2 tadika dulu, parents aku saje bawa pegi picnic kat Port Dickson a.k.a PD..balik dari bermandi manda tu, aku rasa muka gatal2...pastu merah2...pastu mengelupas2...maybe simtom2 sunburn and bersalin kulit kan..yelah...berjemur xhengat dunia...tapi agak lama pastu, die jadi tompok2 merah...lama lagi jadi tompok2 putih...macam panau dah...dah bawa jumpa specialist, semua kata...


" ni sunburn ni...die xbleh kena panas..xpe...nanti besar die hilang sendiri"

WHAT???? besar baru die hilang? aku baru 6tahun mase tu weh...besar mana die baru hilang? lambat lagi tu... T_T dan semua ubat xngam dengan aku...sebotol nak dkt rm100...tapi pakai sekali je...pastu gatal gile...dah macam2 ubat..dah berbotol2...xjalan juga...pantang ada dengar ubat yang bagus, pantang ad orang suggest... beli.............. kesian parents aku... ='( banyak dah dorang berabis...semata2 nak elokkan muka anak dara dorang ni...yelah...anak perempuan tu...sorang je pulak time tu..kalo muka rosak, abislah....kitorang bukan kaya sangat...sedang2 je...tapi beragaklah, banyak duit yang dilaburkan untuk muka aku...xkan dapat aku balas jasa dorang...

bila dah xjumpa ubat yang sesuai, aku setakat pakai losyen je. nak lembabkan muka yang kering...nak hilangkan mengelupas2...aku xde alah dengan makanan or apa2 pencuci muka..safi yang murah tu pon ok je... walaupun murah,aku rasa sangat2 bagus ok..huhu..ha...tapi aku boleh tahan dengan produk gamat..time tu aku pakai barang Luxor kot...die boleh prevent kulit aku dari gatal2...tapi xbleh nak hilangkan gak tompok2 putih or penyakit muka aku ni...

bayangkan 12 tahun aku hidup dengan masalah kulit ni...berhadapan dengan ramai orang...sebab tu aku sampai skang boleh dikatakan self confident adalah rendah...sebab aku susah nak bergaul dengan orang...aku malu =( mana2 pegi, orang tengok semacam je...dengan orang2 yang aku kenal semua tanya:

"eh...kenapa muka tu?"
"panau ye?"
ni mesti basuh muka time panas2 or tengah berpeluh2"

TAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKK

ibu aku dah pesan dah dari kecik...time panas2, berpeluh2 jangan mandi...jangan basuh muka...panau nanti...selalunya ibu & ayahlah yang tolong jawabkan dengan penuh sopa santunnye...aku mampu tersenyum je...dalam hati sedih sangat weh...

"tak...die ni xbleh kena panas"

time aku nak masuk matrik, pegilah beli semua kelengkapan masok matrik macam nak pindah rumah.. ada 1 booth or stall ni jual produk aloe vera..die tengok aku...die panggil,tanya apa masalah semua...ayah aku yang beriya sket...die pantang kalo dengar ada ubat yang elok untuk kulit aku ni..pastu die trylah beli...orang tu offer skali ubat makan, shower gel, facial foam...tapi kitorang decide nak try ubat sapu die je dulu...

aku pon pakailah dengan istiqamahnye...sebulan memanglah xnampak hasil...tapi aku xde masalah gatal2 lagi...nak dekat 3bulan kot...baru nampak die nak hilang...ya Allah...hati riang xterkata...bersyukur yang amat2...wat pertama kali dalam masa 12 tahun tu, nampak die kurang...tapi xdelah totally dissappear..ada lagi...tapi memang boleh nampak perubahanlah...pastu aku habis matrik...dok umah je sementara nak masuk U..dan alhamdulillah...die hilang (^_^) bersyukur xterkata..xpercaya pon ada..
ni gambar kat matrik..setelah beberapa bulan pakai ubat aloe vera tu...alhamdulillah...nampaklah perubahan

tapi bila masok U, time orientasi tu, toksah nak kata lah..penat aku jaga muka...hasil orientasi seminggu.....................................



jangan gelak...sape gelak,siap! huhu..macam anak orang asli ok...ni gambar kad matrik aku...xsuka bagi orang tengok kad matrik aku..termasuklah en. ero sennin..kalo pegi library, nak pinjam buku mesti orang tu asyik tanya:
"ni kad matrik awak ke?"

ni gambar masa aku 1st year...comel x?mak2 sedara aku selalu cakap, dorang xcaye aku dah 20tahun++..sebab muka aku babyface.. =D pannnngggggggggg
bukan aku cakap...dorang yang cakap..lalalalalala~


3sekawan yang banyak berjasa padaku...paling berjasa, si hijau tu

TAPIIIII......ingat...bukan ubat2 ni yang mengelokkan muka aku...dengan izin Allah, maka ikhtiarku dengan ubat2 ini, Dia mengizinkan penyakit mukaku ni sembuh..Allah yang memberikanku kecantikan...Allah jugalah yang mengujiku dengan ketidaksempurnaan...apa yang patut kita buat, besyukur, redha dan tawakal dengan kehendak-Nya

ok....nanti kalau ada cerita lagi pasal muka aku ni, aku post okeh?mahu tidur suda...selamat malam dunia~

KECANTIKAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN~ (episod 1)

hak3...boleh blah ke x tajuk tu?? sape yang xsuke cantik kan? nak2 perempuan...walaupun cantiknya xsetanding Fatin Liyana atau Hanis Zalikha atau Shahaneem Irine Marcello, tapi sebagai perempuan mesti die akan berusaha untuk bajet cun nampak cantik. tapi kan, kalau korang perasanlah...perempuan ni walaupun xdelah cantik sangat, tapi bila pandang lama2 @ sekali pandang mesti die cantik..bak kata kawan aku (nama dirahsiakan =D)


"perempuan ni memang ramai yang cantik...tapi laki xramai yang hensem..kalo xhensem tu, memang xhensemlah" ampuuuuuunnnn


perempuan ni dipandang pada kecantikan luaran dulu...barulah dipandang yang dalam2 tu..an3? nilai duit hantaran pon dinilai disitu..cacat sket, potong hantaran..hahaha..

em......aku sebenarnya ada cerita sedih pasal cantik2 ni...sedih sangat..pada akulah..sebab aku je yang melaluinye...aku je yang faham.. ='( eh jap.....before tu,nak tanya pendapat korang...

AKU CANTIK TAK???


ohhh....xaci2...ni muke berbedak,ber'eye liner' bagai...huhu


haaa......ni barulah natural beuty..ahaks!xtepek pape ok...
(en. ero sennin mesti xsuke tengok gambar budak mata terjojol ni =D)

emmmmm.....xtaulah apa pendapat korang...tapi aku rasa, aku dah cukup2 bersyukur di kurniakan wajah yang aku miliki skang..walaupun xcantik sangat, tapi sedaplah mata memandang..kan2? mengaku cepat!!huhu..

TAPIIIII........................ni tahun 2007, 2008..nak tengok previous me???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan takut,seram atau terkejut ok...nilah realitinye... ='(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ready?.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.

ni je yg ada dalam simpanan..yang lain dalam album..time ni kat matrik..pas orientasi..pas kena berjemur bagai nak rak tu..

aku ada masalah kulit ='( aku elergik panas...especially matahari...bahang dari stove dapur pon elergik ok..walaupun xkena direct sunlight, kena bahang die dalam 15-30 minit cukuplah...akan gatal2, naik putih2 macam panau, sopak, some sort like that...and worse come to worst, die teramatlah gatal sampai kua air bisa, bengkak2, merah macam udang kena bakar then bila kering, mengelupas dengan sangat terok, merekah, kulit kesat macam kayu...kena air pedih nak mampus..xtipu...the latest one yang aku kena bulan puase haritu..the worst one in my life.ada site visit..of cozlah kena direct sunlight dan time tu kan musim panas....bahang die masyaallah.....pastu duduk kampung lama,raye..biasalah..atap zink...memang berbahang gilelah...orang normal pon xtahan,apa lagi aku..

ni adalah gambar time jumpa bakal mak mertua...aku nampak lagi tua dari bakal mak mertua..boleh? T_T

kita kena mensyukuti segala yang Allah bagi kat kita...xkisahlah baik ke...buruk ke...redha je...ada hikmah disebalik semua yang terjadi..bila Allah bagi nikmat kecantikan untuk dipinjam, hargailah ia...jangan riak pulak...sebab Allah boleh tarik nikmat tu bila2 masa je...

banyak cerita aku dan masalah kulit aku ni...banyak dah dugaan2 yang aku tempuhi..bukan senang...nanti aku story mory lagi deh...ni baru episod 1..huhu...