CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 30, 2014

KEMPEN BAWAK BEKAL_PART 3

Dalam entry ni nak share beberapa tips pulak camne nak masak dalam 5-10 minit..kalau campur potong2 bawang sikit, sayur sikit, masak air sekali, cuci kuali, kemas dapur, gedebak gedebuk 20-30 minit gak..hehe..ikut orglah..aku yang dah simplify cooking method ni pon, lambat gak siap..sbb mmg jenis lambat..ibu selalu dok bising..huhu..

TIPS2 UNTUK MEMASAK CEPAT:

1. Set menu
kan aku ada suggest rancang siap2 menu untutk seminggu or 2 minggu..then korang rotate balik cycle dia..xdelah terfikir2 "esok nak masak apa ye?". Bila dah ada plan, baru korang bleh prepare apa nak buat

2. Sediakan bahan2 malam sebelumnya
macam bawang merah, bawang putih untuk menumis, siap2 kupas kulit. masuk dalam tupperware, simpan dalan fridge. esok tinggal nak menghiris je..
sayur yang nak guna, dah asingkan siap2..basuh bersih siap2. pilih bape batang, bape biji nak guna..xdelah esokknya baru nak tercari2, memilih2, esok pagi bilas2 je
Tapi kalo korang rasa, "eleh...setakat kupas bawang..small the pieces...sok pagi pon boleh buat".
aku ni kerja kilang..memang dah terbiasa dgn 'waste findings'. 1 saat pon berkire..hehe..seriously...korang nak pilih bawang mana elok, nak kupas, basuh lagi, amik masa..nak2 orang lambat cam aku ni. "Nape xpotong siap2?" emm..aku xsuka sgt..takut vitamin dia dah xde & dah xsegar...sayur akan jadi kecut sikit.

Haaa...kalau ikan ke, ayam or udang, jgn plk subuh2 tu la baru nak keluarkan..tgh2 beku keras kejung tu..kan susah nk rendam air, tunggu lembut..so, asing siap2 dlm bekas bertutup, letak dlm peti ais belah bawah ok? =)

3. Masak malam sebelumnya.
subuh esok, panaskan balik..macam kita prepare masak untuk raya..kan kita masak malam raya..pagi raya kita panaskan balik..haa..yang ni kalo nak masak yang renyah2 pon boleh..tapi aku xguna cara ni. aku guna cara aku...guna 'COOKING PASTE' yang lebih praktikal =)

4. Kalau masakan bersantan, guna santan kotak je..rasa dia sama je..cuma yang original memang tiada tandinganlah =) tapi sape pulak lah yang rajin nak perah santan subuh2 se-pi-ei tu kan =P

5. Simpan stok ikan bilis goreng. senang kalau nak buat nasi goreng, nasi lemak..xdelah subuh2 baru terhegeh2 nak goreng...so, goreng garing2, simpan dalam bekas kedap udara.




COOKING PASTE
Konsep idea ni aku dapat dari paste tomyam & macam2 lagi paste yang ada kat pasaran sekarang..sambal tumis, rendang, masak hitam, macam2 lagi..tinggal rajin xrajin je..tapi aku xsuka pakai yang instant..yelah..makanan yang dah diproses & ada proses awet nak bagi tahan lama kan

So, aku tumis sampai garing, simpan dalam bekas, masuk dalam fridge. 2 minggu pon boleh tahan =) xtaulah boleh lama lagi ke x..tapi selalunya aku buat stok seminggu, seminggu..

ADVANTAGE OF COOKING PASTE

1 jenis paste, boleh masak 2,3 jenis lauk..ikut kreativiti kita olahkan dia..yang pasti, semua paste yang aku buat ni sesuai untuk buat breakfast nasi goreng..dah try dah =D

2. 'user friendly'. kalau kat kilang kami kategori kan sebagai 'critical process' to 'normal process'. haaaa...hehe..orang xde skill memasak pon boleh pakai..
macam dah kahwin nanti, isteri or mak sediakan paste ni siap2...suami or anak2 besar boleh je gunakan terus, just tinggal tambahkan garam, gula sikit, masukkan bahan pape yang patut macam ayam, udang, ikan..sebenarnye nak sediakan 'aweh' dia tu yang kena ada skill sikit.
 minta2 nanti dapat suami yang boleh diharap..kalau isteri dia ni tersangkut jam ke, balik lambat ke, balik2 tengok nasi, lauk semua dah masak. untunglaaaaa =P
ibu aku yang kat rumah pon guna paste yang aku sediakan untuk masak lunch kat rumah..seee...dah mengurangkan beban dia..alhamdulillah =)

COOKING PASTE 1: SAMBAL TUMIS UDANG KERING+IKAN BILIS

Bahan2:
cili kering, rebus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
udang kering
ikan bilis

Blend semua, kemudian tumis sampai garing

Menu yang boleh diolah:
nasi goreng
mee goreng
bihun goreng
nasi lemak

COOKING PASTE 2: SAMBAL TUMIS GENERAL



Bahan2:
cili kering, rebus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
belacan

Blend semua, kemudian tumis sampai garing

Menu yang boleh diolah:
sambal udang

sambal ikan bilis
sambal telur
Sambal ayam
nasi goreng
mee goreng
bihun goreng
nasi lemak

COOKING PASTE 3: 'AWEH" MASAK LEMAK

Bahan2:
serai
cili padi
bawang besar
bawang merah
bawang putih

Blend semua, kemudian tumis sampai garing

Menu yang boleh diolah, sudah semestinya semua jenis masak lemak =) nasi goreng pon boleh..serious!



So, pandai2lah korang dengan kreativiti masing2..nak mix & match pon boleh...xcaye? cubalah ;)
nanti aku buat menu details camne nak olahkan plak..inshaaAllah =)

semoga bermanfaat =)

KEMPEN BAWAK BEKAL_ PART 2

Assalamualaikum =)
kali ni nak share senarai2 lauk/masakan yang sesuai untuk dijadikan bekalan ke kantor.


SYARAT HARUS:

1. MENU2 SIMPLE
haaa....kan syarat wajib ritu xcerewet..makan je apa yang ada...makan je yang simple2 dulu...Dinner kang masaklah yang 'mewah2' kalo nak...kalo x, tunggu hujung minggu ke..

Mungkin bila baca senarai nanti rasa "ehhh..ni simple??susah kot kena tumis, tumbuk, blend bagai..."
haaaa...nanti aku share camne nk bagi senang..xtipu..5-10 minit siap dah masak =)

2. MENU SEIMBANG
Kot ye pon bawak bekal, janganlah ayam goreng or telur goreng or ikan masin semata2...sedih nengoknye..xpon pemalas..huhu..tapi mana tahu kalo memang xmampu kan..nak berjimat sehabis boleh ke..hujung bulan ke..huhu.. maaf ber-suudzon (berperangsaka buruk)

mestilah ada protein + vitamin/serat (sayur/buah) + berkuah...xde kuah, tercekik pulak kang..hehe
paling baik menu 3 in 1.. apa itu menu 3 in 1?

MENU 3 IN 1 (gabungan protein + sayur + kuah)

  • tomyam campur
  • sup sayur (campurlah udang ke, fishball ke)
  • sup ayam (campur carrot ke..batang celery ke, brocolli ke..nak masukkan kentang pon boleh..tapi amik masa sikit nak tunggu empuk kan..kan kita nak cepat dimasak =D
  • udang masak lemak cili api + kacang buncis
  • (kalau ada lagi, aku update ye..hehe)
LAIN2 MENU:
  • Ayam goreng kunyit campur carrot & kacang buncis (tapi aku perap dgn serbuk kari. lagi sedap & terasa..so tuka nama...ayam goreng kari) + sup telur
  • sambal udang + kobis masak lemak
  • ayam masak lemak + sayur campur
  • telur masak kicap + sayur campur
  • sambal telur + sayur campur
  • (dan lain2..nanti aku update =P)
perasan x? sayur pon yang simple2 je..paling senang sayur campur =P nak kailan goreng ikan masin ke, kangkung goreng belacan je, pucuk manis masal lemak ke, xdapek la...tapi kalau rajin, silakan =)

MENU2 SAMPINGAN
  • telur dadar
  • sambal ikan bilis
selalunya memang adalah antara salah satu..nak membayakkan lauk..baru xboring & berselera makan walaupun dah sejuk kejung dah..huhu

Kalo kari ke..masak kurma ke..rendang bagai..xsesuai nak bawak bekal..renyah & lambat..tapi kalo korang rajin & sempat, dipersilakan.... =) tapi nape ada masak lemak cili api tu? sambal tumis pon? mana boleh siap 5-10 minit..haaa..next entry ok? inshaaAllah...

Walaupun makan xmewah, lauk xmeriah, tapi korang akan rasa 1 kepuasan & kekenyangan yg penuh nikmat tanpa perlu fikir pape..xfaham? xpe...huhu


semoga bermanfaat =)

Sunday, November 16, 2014

KEMPEN BAWAK BEKAL

Senanye xtau pon kerajaan ada promote kempen ni..ada ke? Huhu
Tapi aku ada sebab sendiri nape tetibe rajin bawak bekal:
1. Cannot go dah lauk2 yg ada kat kantin tempat kerja tu..dok terpusing2 survey lauk..xtau nak makan apa dah (astaghfirullah...tanda2 orang kufur nikmat tu..huhu)
2. Semestinya nak save bajet :D
3. Kualiti makanan terjamin..cara penyediaan mengikut syariah..hehe..kebersihan confirm terjamin..inshaaAllah =)

Tapi permulaannya aku bawak bekal hari jumaat je..sebab rehat jumaat lama..boleh rehat2, tidur kalau mengantuk+penat

Ibu: nape bawak bekal hari jumaat je?
me: malas :D
Ibu: haaa..baguslh tu malas2...nanti dah kahwin kena gak masak pagi2, balik keje masak lagi

Errrrkkk...gulp!
ok..aku sahut cabaran ibu..hehe..

Hoihhh..memang respect lah ibu2 yg pagi2 buta dah uruskan rumah, anak2, suami, diri sendiri...siap masak sebelum pegi keje..balik settlekan umah, prepare dinner lagi..memang cekal & tinggi semangat..

Aku ni dok dengan family, bleh cengkelat lagi..bukan semua keje aku buat..tu pon malas yang amat (-_-')

aku pon practice lah masak pagi2 & susun strategi nak jadi engineer + domestic engineer yg berjaya..cehh.. =D

SYARAT2 WAJIB KALAU NAK BAWAK BEKAL:

1. RAJIN
hahaha..memang syarat wajib sangat..
nak kena bangun pagi2, masak, packing, kemas dapur..balik nanti kena basuh semua tupperware2 tu semua..masak lagi..
kalau tak rajin memang tak jalan.. =P

2. TAK BANYAK CEKADAK / CEREWET BAB2 MAKAN
haaa....ni pon penting juga..
lauk2 yang dijadikan bekal ni, semua lauk yang simple2 je..kadang2 tak cukup bahan..guna je apa yang ada..kadang2 sape yang dok ofis tu, bila sampai time lunch, bekal dah jadi sejuk kejung dah..xde nak mkn panas2..kalau ada microwave, blehlah nak tumpang panaskan.

TIPS2 PENYEDIAAN BEKAL:

1. Susun menu yang sesuai untuk seminggu dua..pastu, rotate jelah menu tu sampai ke sudah =P (next entry)
2. Minimumkan cara penyediaan or masakan lauk. contoh: tumis menumis, potong memotong..penyediaan paste masakan yg serba guna sangat2 membantu & menjimatkan masa (next entry)

3. Pastikan makanan disejukkan 30minit-1 jam sehingga suhu turun lebih kurang suhu bilik untuk mengelakkan makanan basi disebabkan wap air & bekas yang bertutup
4. Sediakan bekas/tupperware yang berkualiti/ketat tutupnya untuk mengelakkan makanan/kuah tumpah

nanti I olls update lagi kalau rajin =P

semoga bermanfaat =)
waaAllahua'lam