CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 6, 2013

ASSOLAATU KHOIRUM MINAN NAUM

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)

Selalu x, niat memang dah berkobar2, set alarm bagai, tidur awal konon, semata2 niat nak bangun solat sunat tahajjud. Tapi liiiaaaattt gak xbangun2. Solat subuh pon dah berapa kali snooze alarm, apa lagi nak bangun pukul 2,3 pagi..memang syaitan gari xlepas punya..sedap die selimutkan kita..xpe2...kalau kita memang berniat ikhlas, tapi xterlaksana niat tu, Allah tetap bagi ganjaran :) Subhanallah..pemurahnya Allah

Tau x, sebenarnya solat tahajjud ni boleh juga dilakukan nak dekat2 subuh yakni waktu sahur.
“(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)

 Sejam sebelum subuh boleh,
Setengah jam sebelum subuh pon masih boleh..
Cuma yang paling afdal, adalah 1/3 malam
 Haaaa...camne tempoh waktu 1/3 malam tu?
 Bermulanya selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh..
dibahagikan kepada 3 bahagian..
kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam,
maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam.
Kalau camtu, 1/3 malam tu kire pukul 3pagi lah..

Ada faedah gak kalau bangun pukul 5 ni...
Kalau yg nak berpuasa, pas tahajjud boleh sahur..
Kalau rajin, boleh sambung solat2 sunat yang lain
Kalau yg pelajar, boleh study.
Kalau surirumah, boleh buat keje rumah pape yg patut.
Kalau tido lepas tahajjud, kot2 terlajak subuh plak.
Boleh gak men facebook ke pastu :p

 Aku ni pulak, jenis kalau yg terbangun 3,4 pagi, alamatnye sampai ke subuhlah terkebil2 xtido..pastu siang ngatuk2..kalau ari keje?memang gigihlah lawan mata. Tapi, kalau nak dapat waktu afdal, boleh je buat ari sabtu & ahad kan? ;) hari2 lain buat pukul 5pagi.

Kat Masjid Negeri, Shah Alam pon, hari2 ada 2 kali azan.. Sekali dalam pukul 5.20pagi camtu, Sekali lagi azan subuh. Sampai arwah atok dulu pernah solat belum masok waktu.hehe..sebab kat kampung xde. Masa kecik dulu, tanya ibu...nape masjid azan 2 kali? Ibu cakap nak kejut orang sahur last2 minit :)

Ok...jom set alarm semua! Niat nak bangun, minta tolong malaikat kejutkan kita, tepuk bantal 3 kali :D (petua time asrama dulu.hahaha) Minta Allah cukupkan tido & rehat kita. Semoga kita akan bangun dengan segar & bersemangat untuk terus beribadat & bekerja.. InshaaAllah.. Semoga amalan kita diterima Allah :)

 Fadhilat solat sunat tahajjud:
http://nickmahawangsa.blogspot.com/2012/08/fadhilat-kebaikan-dan-keistimewaan.html?m=1

Tuesday, November 5, 2013

CHECKLIST

Bulan ramadhan ritu ada pernah tengok checklist or checksheet yg ramai orang share tu x?
Yang ada listkan senarai amalan2 dalam bulan ramadhan yg kita digalakkan untuk buat contohnya qiamullail, tadarus al-quran, terawikh etc...
Haaaaa....sepatutnya, ibadah2 & amalan2 tu bukan khusus untuk bulan ramadhan je..kita jadikan bulan ramadhan tu sebagai latihan untuk kita membiasakan diri melakukan amalan2 tersebut untuk terus istiqomah melakukannya pada bulan2 lain, sepanjang tahun, sepanjang hidup.
Kalau orang nak diet or kurus pon, dorang ada checklist die..nak kena buat apa, makan apa, apa boleh, apa xbleh, camne strategi..sama juga bagi kita2 yg nak menjadi hamba yg soleh solehah. Kena ada perancangan, kena ada usaha, kena ada semangat.
Dimulakan dengan mencukupkan amalan2 wajib. kemudian, tambah amalan2 sunat yg amat2 dituntut. Buatkan senarai, sikit demi sikit dengan menambahkan amalan2 sunat yg dirasakan perlu & mampu kita buat. tulislan dalam diary ke...organizer ke..planner ke..tampal kat dinding bilik ke..pastu audit diri hari2..dah buat ke blom semua yg disenaraikan tu.
Paksa diri..lama2 akan biasa & ikhlas inshaaAllah :) jadikan rutin hidup kita..memang akan amik masa untuk buat satu-satu & biasakan..tapi xpe..orang kata, pelan2 kayuh ;)