CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 16, 2014

KEMPEN BAWAK BEKAL

Senanye xtau pon kerajaan ada promote kempen ni..ada ke? Huhu
Tapi aku ada sebab sendiri nape tetibe rajin bawak bekal:
1. Cannot go dah lauk2 yg ada kat kantin tempat kerja tu..dok terpusing2 survey lauk..xtau nak makan apa dah (astaghfirullah...tanda2 orang kufur nikmat tu..huhu)
2. Semestinya nak save bajet :D
3. Kualiti makanan terjamin..cara penyediaan mengikut syariah..hehe..kebersihan confirm terjamin..inshaaAllah =)

Tapi permulaannya aku bawak bekal hari jumaat je..sebab rehat jumaat lama..boleh rehat2, tidur kalau mengantuk+penat

Ibu: nape bawak bekal hari jumaat je?
me: malas :D
Ibu: haaa..baguslh tu malas2...nanti dah kahwin kena gak masak pagi2, balik keje masak lagi

Errrrkkk...gulp!
ok..aku sahut cabaran ibu..hehe..

Hoihhh..memang respect lah ibu2 yg pagi2 buta dah uruskan rumah, anak2, suami, diri sendiri...siap masak sebelum pegi keje..balik settlekan umah, prepare dinner lagi..memang cekal & tinggi semangat..

Aku ni dok dengan family, bleh cengkelat lagi..bukan semua keje aku buat..tu pon malas yang amat (-_-')

aku pon practice lah masak pagi2 & susun strategi nak jadi engineer + domestic engineer yg berjaya..cehh.. =D

SYARAT2 WAJIB KALAU NAK BAWAK BEKAL:

1. RAJIN
hahaha..memang syarat wajib sangat..
nak kena bangun pagi2, masak, packing, kemas dapur..balik nanti kena basuh semua tupperware2 tu semua..masak lagi..
kalau tak rajin memang tak jalan.. =P

2. TAK BANYAK CEKADAK / CEREWET BAB2 MAKAN
haaa....ni pon penting juga..
lauk2 yang dijadikan bekal ni, semua lauk yang simple2 je..kadang2 tak cukup bahan..guna je apa yang ada..kadang2 sape yang dok ofis tu, bila sampai time lunch, bekal dah jadi sejuk kejung dah..xde nak mkn panas2..kalau ada microwave, blehlah nak tumpang panaskan.

TIPS2 PENYEDIAAN BEKAL:

1. Susun menu yang sesuai untuk seminggu dua..pastu, rotate jelah menu tu sampai ke sudah =P (next entry)
2. Minimumkan cara penyediaan or masakan lauk. contoh: tumis menumis, potong memotong..penyediaan paste masakan yg serba guna sangat2 membantu & menjimatkan masa (next entry)

3. Pastikan makanan disejukkan 30minit-1 jam sehingga suhu turun lebih kurang suhu bilik untuk mengelakkan makanan basi disebabkan wap air & bekas yang bertutup
4. Sediakan bekas/tupperware yang berkualiti/ketat tutupnya untuk mengelakkan makanan/kuah tumpah

nanti I olls update lagi kalau rajin =P

semoga bermanfaat =)
waaAllahua'lam

No comments:

Post a Comment