CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 27, 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA

Dulu masa kecik berangan nak jadi dewasa,
Dah dewasa teringin nak kembali balik ke zaman kanak2 yang macam xde masalah langsung

Hakikat kehidupan, perlu terus berjalan.
Menghadapi apa sahaja yang ada di hadapan.
Bergantung pada kita bagaimana nak menguruskan & berhadapan

Untuk kita,
Allah dah tuliskan jalan cerita cantik2,
Allah dah landaskan jalan yg baik2,
Kalau kita xikut, alamatnya hidup jadi tunggang terbalik.

Manusia mana yang xmelakukan dosa.
Macam judul buku Hilal Asyraf: Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada

Ya....bila kita berdoa, di situ ada harapan
Bila kita berusaha, di situ ada jalan

Pernah rasa atau fikir yang kita sedang dihukum atas dosa2 kita?
Hidup sedih, kecewa, sunyi, menyesal, putus asa, gagal..
Rasa macam Allah xmaafkan kita,
Rasa Allah xdengar & xperkenankan doa2 kita

Semua itu ujian Allah..
Kalau Allah xuji, kita xkan kembali..
Allah sentiasa bagi kita peluang, lagi maha penyayang.
Pintu taubat sentiasa terbuka sehingga 'masa' itu tiba.

Orang nampak kita baik,
Padahal Allah yg tutupkan aib2

Setiap yang berlaku ada hikmah.
Dari situlah bermula azam untuk berubah.
Semoga terus istiqamah

Buku pertama yang membuka hati & fikiran (dengan kuasa Allah juga):
TUHAN SEDANG MENGUJI KITA; USTAZ KAZIM ELIAS
Buku yg dibaca dalam tempoh waktu yg hidup dirasakan kosong, mencari jalan keluar
Naskah yang dirasakan sangat dekat dengan diri, mungkin bagi setiap individu
Banyak pengisiannya yg kena kat batang hidung sendiri yang kembang ni =D
Bukan setepek..bertepek2 kena..huhu..

"Setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik2 orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadith Riwayat At-Tarmizi)

InshaaAllah, waAllahua'lam

No comments:

Post a Comment