CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 4, 2011

LAKSA SHAH ALAM

huhuhu...dah orang shah alam masak,haruslah tarok nama laksa shah alam..kan3?hehe...suka suki ko je kan?haisyh....ni minggu lepas punya. cuti sehari je...xwat pape..so, aktiviti yang sronok selain tido, adalah memasak.hehe...sebenarnye ni ibu aku punya plan lah ni. dorang pegi pasar pagi tu...macam bese..aktiviti hujung minggu couple berdua ni..hehe..pas subuh, joging..pas joging, gi pasar..

bonda: kita beli ikan banyak sketlah ye. kalau hanim teringin, die boleh wat laksa
ayahanda: tapi bunga kantan xde. xcakap nak wat laksa...
bonda..ala...kalau die nak wat..kalo die xnak, kte makan jelah ikan2 ni. (hehehe) kalu die nak wat nanti, sayang naiklah atas amik bunga kantan.

'atas' disini merujuk kepada istana.sebab die terletak atas bukit. dan ada menanam bunga kantan.ha.....style x?hehehe..

dan.....sebenor2nya...memang dah berminggu mengidam nak bantai laksa cukup2...tup2, bahan semua tersedia tanpa di pinta. ibu aku ni macam tau2 je..hehe..petang tu pulak, ayah kua bawa balik cendol.wah.....ayah pon macam tau2 time tu aku teringin cendol.

bonda: eleh ko tu...semua treingin. (gelak2)

xcaya pulak T_T

aku pon memulakan operasi memasak. mula2 aku masak untuk lunch dulu. dah siap, baru masak laksa pulak. wajib masak lunch ok...orang2 umah ni xhantu laksa macam aku.eh! tapi adik bongsu berjangkit dengan aku. hantu laksa. dari aku tengah masak lunch sibuk dok tanya...laksa dah masak kak? laksa dah masak? (-_-')

hanim: sejak hanim dah boleh masak ni, ibu dah x masak kan laksa tuk hanim dah..
bonda: (gelak) ala....rasa die sama je kan dengan ibu masak. tengoklah turun dari sape (gelak lagi)

huhu...walaupon rasa sama, air tangan ibu lain tau!

LAKSA SHAH ALAM (ACTUALLY LAKSA PENANG)

BAHAN-BAHAN

5 ekor ikan sardin
1 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar
4 sudu besar cili giling ( nak ganti dengan cili padi pon boleh. tapi nanti kuah nampak 'pucat')
belacan (dalam 2inci)
2 kuntum bunga kantan
segenggam daun kesum
sedikit asam keping
sedikit ajinomoto
garam secukup rasa
air

CARA-CARANYA

1. rebus ikan2 tu dengan beberapa keping asam keping ( sebelum tu, ikan2 yang telah dising perlu di basuh dan dilumur dengan limau untuk hilangkan hanyir)
2. bila ikan dah sejuk, amik isi ikan je, buang semua tulang2 sama ada yang kasar mahupun yang halus. kalo xbuang tulang dengan bersungguh-sungguh nanti, korang akan membantutkan selera orang yang tengah makan bila terjumpa or termakan tulang tu ( proses asingkan isi & tulang ni kami panggil 'perisi ikan')
3. blend isi2 ikan tadi dengan sedikit air. ikut koranglah suka blend sampai hancur, or xhancur sangat. masukkan dalam periuk.
4. tulang2 dan rangka2 ikan tadi jangan buang. blend kan gak dengan air sampai hancur, pastu tapis air tu. jangan masukkan tulang2 sekali dalam periuk. kita just nak air die je. ibu aku cakap untuk memekatkan kuah
5. blendkan bawang besar, cili giling, belacan dengan sedikit air. masukkan dalam periuk.
6. masukkan daun keseum dan bunga kantan (ikut koranglah nak hiris camne bunga kantan tu)
7. masukkan beberapa keping asam keping. jangan lama sangat. bila die dah kembang, kuah pon ada rasa masam2 sikit, cepat2 cari balik & buang. jangan biar tros dalam tu. nanti masam sangat!
8. masukkan garam secukup rasa, juga sedikit ajinomoto. masaklah sehingga kuah mendidih

kuantiti air ikut korang nak pekat mana kuah.ok? =)

 oh! abaikan rupenye yang comot itu. nak jadikan bahan bukti je.haha..xpe2...janji rasa die marbeles =D

ni mangkuk pertama aku bedal. padahal baru pas makan nasi tu..mana bleh jeling je kailan goreng ikan masin & ikan pari bakar (menu lunch yang aku masak dulu).perabis nasi sepinggan, disusuli pula dgn laksa 2mangkuk.hahaha...gelojoh kan? ish...xtahan tengok laksa...lama dah mengidam.

laksa ni wat lebih. bagi kat anak2 dara jiran sebelah ni. pastu petang ada customer ibu datang, jamu dorang dengan laksa ni gak...xdapatlah aku nak mengulang..dah licin...xpe..rezeki orang kan? =)

No comments:

Post a Comment