CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 30, 2014

KEMPEN BAWAK BEKAL_PART 3

Dalam entry ni nak share beberapa tips pulak camne nak masak dalam 5-10 minit..kalau campur potong2 bawang sikit, sayur sikit, masak air sekali, cuci kuali, kemas dapur, gedebak gedebuk 20-30 minit gak..hehe..ikut orglah..aku yang dah simplify cooking method ni pon, lambat gak siap..sbb mmg jenis lambat..ibu selalu dok bising..huhu..

TIPS2 UNTUK MEMASAK CEPAT:

1. Set menu
kan aku ada suggest rancang siap2 menu untutk seminggu or 2 minggu..then korang rotate balik cycle dia..xdelah terfikir2 "esok nak masak apa ye?". Bila dah ada plan, baru korang bleh prepare apa nak buat

2. Sediakan bahan2 malam sebelumnya
macam bawang merah, bawang putih untuk menumis, siap2 kupas kulit. masuk dalam tupperware, simpan dalan fridge. esok tinggal nak menghiris je..
sayur yang nak guna, dah asingkan siap2..basuh bersih siap2. pilih bape batang, bape biji nak guna..xdelah esokknya baru nak tercari2, memilih2, esok pagi bilas2 je
Tapi kalo korang rasa, "eleh...setakat kupas bawang..small the pieces...sok pagi pon boleh buat".
aku ni kerja kilang..memang dah terbiasa dgn 'waste findings'. 1 saat pon berkire..hehe..seriously...korang nak pilih bawang mana elok, nak kupas, basuh lagi, amik masa..nak2 orang lambat cam aku ni. "Nape xpotong siap2?" emm..aku xsuka sgt..takut vitamin dia dah xde & dah xsegar...sayur akan jadi kecut sikit.

Haaa...kalau ikan ke, ayam or udang, jgn plk subuh2 tu la baru nak keluarkan..tgh2 beku keras kejung tu..kan susah nk rendam air, tunggu lembut..so, asing siap2 dlm bekas bertutup, letak dlm peti ais belah bawah ok? =)

3. Masak malam sebelumnya.
subuh esok, panaskan balik..macam kita prepare masak untuk raya..kan kita masak malam raya..pagi raya kita panaskan balik..haa..yang ni kalo nak masak yang renyah2 pon boleh..tapi aku xguna cara ni. aku guna cara aku...guna 'COOKING PASTE' yang lebih praktikal =)

4. Kalau masakan bersantan, guna santan kotak je..rasa dia sama je..cuma yang original memang tiada tandinganlah =) tapi sape pulak lah yang rajin nak perah santan subuh2 se-pi-ei tu kan =P

5. Simpan stok ikan bilis goreng. senang kalau nak buat nasi goreng, nasi lemak..xdelah subuh2 baru terhegeh2 nak goreng...so, goreng garing2, simpan dalam bekas kedap udara.




COOKING PASTE
Konsep idea ni aku dapat dari paste tomyam & macam2 lagi paste yang ada kat pasaran sekarang..sambal tumis, rendang, masak hitam, macam2 lagi..tinggal rajin xrajin je..tapi aku xsuka pakai yang instant..yelah..makanan yang dah diproses & ada proses awet nak bagi tahan lama kan

So, aku tumis sampai garing, simpan dalam bekas, masuk dalam fridge. 2 minggu pon boleh tahan =) xtaulah boleh lama lagi ke x..tapi selalunya aku buat stok seminggu, seminggu..

ADVANTAGE OF COOKING PASTE

1 jenis paste, boleh masak 2,3 jenis lauk..ikut kreativiti kita olahkan dia..yang pasti, semua paste yang aku buat ni sesuai untuk buat breakfast nasi goreng..dah try dah =D

2. 'user friendly'. kalau kat kilang kami kategori kan sebagai 'critical process' to 'normal process'. haaaa...hehe..orang xde skill memasak pon boleh pakai..
macam dah kahwin nanti, isteri or mak sediakan paste ni siap2...suami or anak2 besar boleh je gunakan terus, just tinggal tambahkan garam, gula sikit, masukkan bahan pape yang patut macam ayam, udang, ikan..sebenarnye nak sediakan 'aweh' dia tu yang kena ada skill sikit.
 minta2 nanti dapat suami yang boleh diharap..kalau isteri dia ni tersangkut jam ke, balik lambat ke, balik2 tengok nasi, lauk semua dah masak. untunglaaaaa =P
ibu aku yang kat rumah pon guna paste yang aku sediakan untuk masak lunch kat rumah..seee...dah mengurangkan beban dia..alhamdulillah =)

COOKING PASTE 1: SAMBAL TUMIS UDANG KERING+IKAN BILIS

Bahan2:
cili kering, rebus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
udang kering
ikan bilis

Blend semua, kemudian tumis sampai garing

Menu yang boleh diolah:
nasi goreng
mee goreng
bihun goreng
nasi lemak

COOKING PASTE 2: SAMBAL TUMIS GENERAL



Bahan2:
cili kering, rebus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
belacan

Blend semua, kemudian tumis sampai garing

Menu yang boleh diolah:
sambal udang

sambal ikan bilis
sambal telur
Sambal ayam
nasi goreng
mee goreng
bihun goreng
nasi lemak

COOKING PASTE 3: 'AWEH" MASAK LEMAK

Bahan2:
serai
cili padi
bawang besar
bawang merah
bawang putih

Blend semua, kemudian tumis sampai garing

Menu yang boleh diolah, sudah semestinya semua jenis masak lemak =) nasi goreng pon boleh..serious!



So, pandai2lah korang dengan kreativiti masing2..nak mix & match pon boleh...xcaye? cubalah ;)
nanti aku buat menu details camne nak olahkan plak..inshaaAllah =)

semoga bermanfaat =)

No comments:

Post a Comment