CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 20, 2010

JOM MAIN MASAK-MASAK

aku ni tingin sangat nak tepek resepi & gambar hidangan yang aku masak kat blog..walaupon ghopenye xseberapa, pandainye xsetaraf chef2 kat luar sana, aku xkire....nak tepek gak...ala...kat blog sendiri pon...hehe..

ni menu semalam...alhamdulillah...ada rezeki kami sket dapat daging korban..kat umah aku ni xde yang bleh masak daging..ibu aku xbleh bau,masak, apatah lagi nak makan daging. die xbleh...memang xbleh...nanti die uwekkk...huhu..so, aku yang xbertauliah ni lah yang masak & perabiskan stok daging kat umah..kadang2 kalo umat2 dalam umah ni tingin makan daging, tunggu aku balik je lah baru beli...oh....dulu ayah aku yang masak time anak dara die ni xpandai pegang senduk lagi..tapi die bab2 yang incharge daging jelah...potong daging, basuh...ramuan2 die, ibu aku yang siapkan..ibu aku masak awal2..bile time nak masukkan daging, service akan bertukar tangan..ayah aku yang settlekan..


hmmmmmmm...aku ni camne ek?aku pulak elergik dengan ikan keli...nak pandang sebelah mata pon aku xmampu...huhu...camno ni?kalo memang jodoh aku, en. ero sennin memang gomar ikan ni ha...camno den nak buek?


pesanan penaja: kalau kekanda mengidam or teringin nak makan ikan keli, kita balik PD ye kanda~ ahaks!


daging masak paprik


bahan-bahan:
500g daging (aku agak2 je)
3sudu besar cili giling/blend
2biji bawang merah
seulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
3/4 sudu besar sos tiram
sebatang serai
sedikit carrot, bunga kobis, baby corn, kacang panjang
sebiji bawang besar
air
garam dan gula sekucup rasa


cara-cara:
1.rebus daging sampai empuk, toskan, lumur sedikit sengan garam, kemudian gorengkan sedikit.ketepikan.
2.panaskan minyak, tumiskan serai yang telah dititik, kemudian tumiskan bersama cili giling, bawang merah dah bawang putih yang telah ditumbuk.tumis hingga cili garing.
3.masokkan sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
4.masokkan daging yang telah digoreng tadi.kacau hingga sebati dan serap rasa.
5.tambahkan air mengikut kepekatan yang disukai.
6. masukkan sayur2 tadi, kacau dan biarkan hingga sayur masak (jangan sampai sayur lembik)


angkat, hidang dan bolehlah makan......... =)


hidangan tengahari semalam
ikan masak sambal & sayur campur tu untuk ibu yang xmakan daging


pastu tengahari tu ibu aku pesan:

"hanim, kalo ibu balik lambat nanti, goreng pisang tu. hang xpenah goreng pisang kan? harap je boleh masak macam2, kang orang suruh goreng pisang, xtau pulak"

aku gelak je...betul gak..memang simple, tapi kalo xtau, xjadi jugak kan?aku tepek gaklah resipi goreng pisang simple yang pakai lisan je ni:

bahan-bahan:
pisang abu (pisang ni memang best kalo digoreng)
3/4 cawan tepung goreng pisang ADABI
1 1/2 cawan tepung beras
air
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:
bancuh tepung goreng pisang dan tepung beras dengan air.xpekat sangat, xcair sangat. tambah sedikit garam dah gula. kalo nak warna kuning sket, tambah kunyit skeeeetttt je.pisang dibelah dua. celupkan pisang dalam bancuhan tepung tadi, dan goreng dalam minyak yang dah panas. jangan sampai hangit...agak2 dah garing, blehlah angkat dan tos minyak..bancuhan tepung yang lebih boleh di goreng begitu sahaja...sedapppp...makan krup...krup.. je..

hasil pisang goreng aku yang pertama.ahaks!

No comments:

Post a Comment